Ringkasan Darah Satria

Ariff merupakan seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda (ringkasan - LtM) dalam salah satu batalion di dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja. Dia sering terlibat dalam operasi memburu pengganas komunis di hutan belantara.

Dalam kesibukan itu dia sempat berumah tangga bersama rakan sekampung, Rafidah. Tetapi isterinya ditinggalkan bersama ibu bapanya kerana dia jarang dapat berada di rumah.

Ariff ada 2 orang anak buah dibawah bimbingannya bernama Badol dan Iskandar yang asyik dibuai keseronokan hiburan di luar kem hingga menjejaskan disiplin mereka.

Di atas kecemerlangannya dalam menjalankan tugas, dia dinaikkan pangkat ke Leftenan (LT.) yang sebenar. Tetapi sebelum pergi berkursus dia ingin menjenguk keluarganya dahulu di kampung. Belum sempat dia berehat, dia telah dipanggil semula kembali ke kem kerana ada operasi yang memerlukan dia bersama.

Pertempuran dengan pengganas komunis dihutan menyebabkan Iskandar terkorban, Badol yang berang atas kehilangan kawan karibnya mula membara semangatnya untuk menghapuskan pengganas komunis itu.

Satu jerangkap samar berjaya dikesan, tetapi kecuaian Badol menyebabkan dia terpijak dan satu letupan kuat berlaku. Leftenan Ariff cuba menyelamatkan Badul, tetapi dia turut cedera parah.

Ariff dan Badul berjaya diselamatkan. Badul mengalami kecederaan ringan, malangnya Leftenan Ariff mengalami kecacatan kekal akibat peristiwa itu.